Sunday, October 3, 2010

Tempahan

Sila klik alamat di bawah untuk melihat lokasi Homestay

Para pengunjung yang dihormati!

Tempahan homestay boleh dibuat seperti berikut:

1. Anda disaran membuat tempahan awal dengan menghantar SMS ke talian HP: 012-585 2450 (Ahmad Nuaiman).
Contoh SMS:  <Tempahan homestay> < x hari > <Tarikh menginap> <Nama penuh>. Tempahan akan direkod mengikut tarikh. Tunggu jawapan kami.

2. Jika ada kekosongan pada tarikh dikehendaki, SMS akan dihantar kepada anda untuk membuat pembayaran terlebih dahulu.
Contoh SMS jawapan:  <Tempahan homestay >< Berjaya> <Sila bank-in RMxx.xx ke akaun Maybank: 1622 6340 4291 Ahmad Nuaiman

3. Jika tiada kekosongan kami akan maklumkan dengan SMS berikut:
<Tempahan homestay >< Tidak Berjaya> <Sila pilih tarikh yang lain>

5. Setelah anda Bank-in ke akaun tersebut anda perlu SMS semula kepada kami memaklumkan pembayaran telah dibuat.
Contoh SMS: <Tempahan homestay bertarikh xx> < bayaran RMxx.xx telah dibuat> <Tarikh, Jam & minit seperti slip bank> dan hantar kepada HP: 012-585 2450.

6. Syarikat akan membuat pengesahan bayaran dan temu janji pengambilan kunci homestay ditetapkan.

Sekian. Terima kasih.

AHMAD NUAIMAN OTHMAN
Pengurus

Wednesday, September 29, 2010

Kemudahan persekitaran

Pengunjung yang di hormati!

Beberapa kemudahan persekitaran Mynufera Homestay dinyatakan di sini antaranya:

Surau Sumaiyah - Terletak bersebelahan bangunan homestay. Boleh berjemaah solat 5 waktu sehari semalam.












Dewan Pelbagai Guna - Terletak di sebelah surau dan mempunyai gelanggang badminton untuk permainan.



Kolam renang - Terletak di sebelah dewan serbanguna. Terdapat dua jenis kolah renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Boleh mandi atas tanggungjawab masing-masing.


Padang permainan kanak-kanak - Terletak di sebelah homestay. Dilengkapi dengan kemudian bermain yang sesuai untuk kanak-kanak.

Semua kemudahan boleh digunakan bagaimanapun aspek keselamatan adalah  atas tanggungjawab masing-masing. 


Friday, September 24, 2010

Syarat Penginapan

Sebagai menjaga keharmonian komuniti Apartmen,  pihak pengurusan MyNufera Homestay menetapkan syarat penginapan seperti yang berikut:

1.  Penginap yang bercampur lelaki & perempuan hendaklah ada hubungan MUHRIM

2.  Penginap yang berbeza atau datang berkumpulan hendaklah SEJENIS (lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan).

3.  Had minima penginap adalah berdasarkan bilangan katil (1 katil besar & 2 katil kecil) dalam 3 bilik berbeza. Tambahan penginap hanya diberi bantal dan tilam gulung. Maksima penginap untuk 15 orang.


4.  Makanan HARAM seperti arak, babi dan lain-lain tidak  dibenar dibawa masuk.

5.  Tetamu yang dihormati diminta memenuhi syarat di atas, menjaga adab pergaulan serta tidak menimbulkan bising atau kekecohan.

Keselesaan anda adalah diutamakan!


Pengurus.

Tuesday, September 21, 2010

Selamat Datang


Selamat datang ke MyNufera Homestay!

Jika anda mempunyai urusan di Putrajaya, UKM, UPM, Bandar Baru Bangi, Kajang atau kawasan di sekitarnya...jemputlah singgah bermalam di MyNufera Homestay. MyNufera Homestay beralamat di No 4.3.7, Apartmen Intana Ria,Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Lokasinya berada kira-kira 2km dari Teminal Bas Kajang; 3 km dari bandar Kajang, UKM atau Tol Bangi. MyNufera juga hanya kira-kira 500 meter dari pusat membeli belah Seksyen 7, Bandar Baru Bangi atau Supermarket Giant (dulunya Bintang).

Terletak dalam kawasan apartmen yang mempunyai sistem kawalan keselamatan yang baik. Berdekatan dengan surau, dewan serbaguna dan kolam renang. MyNufera Homestay mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Harga  ditetapkan sebanyak RM150.00/ hari. Diskaun dan kadar baru diberikan berdasarkan bilangan hari menginap seperti berikut:
  • Menginap melebihi tiga hari & kurang seminggu = RM120/hari
  • Menginap seminggu (7 hari, Ahad-Ahad) = RM700/minggu (RM100/hari)
  • Menginap sebulan (1-30/31hb) = RM2400/bulan (RM80/hari)
Kemudahan penginapan asas seperti katil, tilam, sadar dan bantal disediakan. Keperluan snaks/ makanan ringan, air mineral, sabun mandi & berus gigi juga disediakan secara ala kadar.

Semua pengunjung juga ditawarkan belian produk ulung syarikat iaitu Minyak Kelapa Dara Nufera Iman dengan kadar Harga Kilang = Harga Stokis (RM12.00/botol, harga pasaran RM20.00/botol)
Untuk keterangan lanjut sila hubungi  Nuaiman HP: 012-585 2450 atau Muiz HP:017-689 5001

Jemput Datang ke MyNufera Homestay!

Nuaiman.