Selamat datang ke MyNufera Homestay!
Jika anda mempunyai urusan di Putrajaya, UKM, UPM, Bandar Baru Bangi, Kajang atau kawasan di sekitarnya...jemputlah singgah bermalam di
MyNufera Homestay. MyNufera Homestay beralamat di
No 4.3.7, Apartmen Intana Ria,Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Lokasinya berada kira-kira 2km dari Teminal Bas Kajang; 3 km dari bandar Kajang, UKM atau Tol Bangi. MyNufera juga hanya kira-kira 500 meter dari pusat membeli belah Seksyen 7, Bandar Baru Bangi atau Supermarket Giant (dulunya Bintang).
Terletak dalam kawasan apartmen yang mempunyai sistem kawalan keselamatan yang baik. Berdekatan dengan surau, dewan serbaguna dan kolam renang. MyNufera Homestay mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Harga ditetapkan sebanyak
RM150.00/ hari. Diskaun dan kadar baru diberikan berdasarkan bilangan hari menginap seperti berikut:
- Menginap melebihi tiga hari & kurang seminggu = RM120/hari
- Menginap seminggu (7 hari, Ahad-Ahad) = RM700/minggu (RM100/hari)
Menginap sebulan (1-30/31hb) =
RM2400/bulan (RM80/hari)

Kemudahan penginapan asas seperti katil, tilam, sadar dan bantal disediakan. Keperluan snaks/ makanan ringan, air mineral, sabun mandi & berus gigi juga disediakan secara ala kadar.
Semua pengunjung juga ditawarkan belian produk ulung syarikat iaitu Minyak Kelapa Dara
Nufera Iman dengan kadar
Harga Kilang = Harga Stokis (RM12.00/botol, harga pasaran RM20.00/botol)
Untuk keterangan lanjut sila hubungi
Nuaiman HP: 012-585 2450 atau Muiz HP:017-689 5001
Jemput Datang ke
MyNufera Homestay!
Nuaiman.