MKDA Nufera Iman

 


Mynufera Homestay diwujudkan sempena keluaran sulung produk syarikat Iman Nufera Enterprise iaitu Minyak Kelapa Dara Asli (MKDA)  Nufera Iman. Syarikat memberi peluang keemasan kepada setiap pengunjung homestay untuk membeli Nufera Iman dengan Harga Kilang.

Selain daripada tujuan promosi, syarikat berhasrat agar semua warga Malaysia bahkan dunia umumnya yang cintakan kesihatan dapat mengetahui MKD dengan lebih dekat dan merasai khasiatnya. Tahukah anda apakah kahsiat MKD? MKD kini menjadi rahsia khazanah alam yang terbongkar!

Banyak kajian tentang khasiat MKDA dari sudut perubatan dan kesihatan dilakukan sejak tiga dekad lalu. Antaranya kajian Dr. Mary Enig yang merumuskan bahawa MKDA sebagai MAKANAN BERFUNGSI yang memberi faedah kesihatan melebihi keperluan asas badan.
MKD mengandungi kira-kira 50% Asid Laurik yang akan menghasilkan Monolaurin di dalam badan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibaktiria dan antiprotozua. Ia juga berperanan memusnahkan lapisan lipid virus HIV, virus selesema, Herpers, Cytomegalovirus dan pelbagai jenis bakteria yang lain.
Sebagai makanan berfungsi MKDA dikenal pasti oleh ahli perubatan sebagai senjata ampuh yang bertindak melawan penyakit yang telah kebal dalam badan kita. Banyak kajian lain telah dilakukan dan mereka menemui banyak keajaiban MKDA. Antaranya kajian Dr. Bruce Fife,ND dalam The Healing of Coconut Oil.